Perkhidmatan Ferry Ke Labuan


Bagi mereka yang ingin ke Labuan dari KK, anda boleh menggunakan beberapa cara. Cara paling cepat dan selesa ialah dengan menaiki kapal terbang dari KKIA yang hanya mengambil masa setengah jam. Alternatifnya ialah dengan cara  yang lebih murah dan 'adventure' iaitu menaiki ferry ke sana.

Terdapat juga  speed boat yang bergerak dari Menumbok ke Labuan, namun dalam keadaan cuaca  yang kurang baik, anda semua dinasihatkan menaiki ferry sahaja.

Ferry Dari Jesselton Point

Bagi para pelancong, adalah lebih mudah dan jimat jika anda pergi ke Labuan dari KK dengan menggunakan perkhidmatan ferry dari Jesselton Point yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu iaitu berdekatan dengan Pejabat Kastam dan Pusat Membeli Belah Suria Sabah.

Anda boleh membuat tempahan tiket dengan menelefon nombor +60 88 236834 atau pergi membeli tiket di sana. Kad Pengenalan anda diperlukan semasa mengambil tiket dan semasa memasuki ferry. Suka PR ingatkan disini bahawa Labuan adalah sebahagian dari Wilayah Persekutuan, maka pihak kastam akan membuat pemeriksaan sebelum anda ke sana sebagaimana anda ke Semenanjung dari KK.

Cuma ia tidaklah seketat ke Semenanjung dan passport anda tidak akan di chop.


Perjalanan ke Labuan menaiki ferry mengambil masa 3 jam. Bagi mereka yang tidak biasa menaiki ferry, kemungkinan untuk 'mabuk laut' amat tinggi, terutama bila cuaca kurang baik dan laut bergelora. Pastikan anda bersiap sedia dengan plastik untuk membuang muntah :D

Ada banyak kes penumpang yang muntah beberapa kali dalam ferry sepanjang perjalanan dari KK-Labuan atau Labuan-KK.

Tempah Hotel Di Kota Kinabalu DI SINI

Keadaan dalam ferry agak ok biarpun tidak lah se selesa dalam kapal terbang. Anda boleh makan dan minum sambil menikmati keindahan laut di sepanjang perjalanan. Terdapat dua jenis tempat duduk iaitu kelas Ekonomi dan First Class.

Untuk kadar tiket terbaru sila lawati laman web INI.

Cuma terdapat dua trip sahaja setiap hari dari KK-Labuan dan Labuan-KK. Iaitu di awal pagi (8 pagi) dan 1 petang. Jika anda tidak berniat untuk tidur di Labuan, anda harus segera kembali ke terminal ferry untuk mengambil tiket pulang ke Labuan.

Kecuali di musim-musim perayaan atau cuti, biasanya tiket tidak habis dan ferry tidak akan penuh. Ferry akan membawa kira-kira 200 penumpang dalam satu-satu masa dengan 60 darinya dalam First Class.

Bagi mereka yang mempunyai kenderaan dan ingin membawa kenderaan ke Labuan, maka anda perlu menaiki Ferry dari Menumbuk.

Perjalanan dari Menumbok ke Labuan mengambil masa 1 jam sahaja. Namun, dari KK ke Menumbok, anda perlu memandu kira-kira 2 setengah jam lamanya. Untuk jadual perjalanan ferry Labuan-KK dan Menumbok, anda boleh juga lawati laman web INI.

Untuk ke Labuan menaiki Speedboat pula, anda boleh rujuk laman web ini: How To Travel To Labuan From Menumbok By Speedboat.

Tempah Hotel Di Kota Kinabalu DI SINI

- Papa Roq