Mobile Friendly: Era Baru Algorithma Google

Awal bulan ini, Google dengan tidak segan silu dan tanpa berselindung lagi mengumumkan perubahan akan dibuat pada algorithma mereka. Dengan memberikan tarikh spesifik tanggal 21 April 2015 sebagai bermulanya era baru ini, Google menegaskan pemilik laman web perlu menaiktarafkan laman web mereka kepada mesra mobil (mobile friendly). 
Maksudnya, laman web hendaklah mudah diakses menerusi telefon pintar ataupun apa-apa gadget komunikasi mudah alih.
Hal ini memang sudah dijangkakan dan Google mengambil langkah awal agar pelanggan-pelanggan dan pengguna servis mereka merasa lebih selesa dan puas hati:




Ini berikutan dengan semakin bertambahnya masa yang diluangkan oleh orang ramai secara online terutama dengan alatan mudah alih seperti telefon pintar. 


Carian Di Mobile Device

Tambah menarik lagi apabila carian menerusi mobile device ini kini telah mula mengatasi carian yang dibuat pada desktop/PC. 



Oleh itu, perubahan telah dibuat bagi memperbaiki lagi mutu khidmat enjin carian Google itu sendiri agar pengguna dapat menikmati atau melayari internet tanpa gangguan atau tergendala lantaran laman web yang tidak mesra mobil.

As more people use mobile devices to access the internet, our algorithms have to adapt to these usage patterns. In the past, we’ve made updates to ensure a site is configured properly and viewable on modern devices. We’ve made it easier for users to find mobile-friendly web pages and we’ve introduced App Indexing to surface useful content from apps- Google Webmaster Central Blog

Ujian Mobile Friendly

Untuk mengetahui samada laman anda mobile friendly, layari laman: Mobile-Friendly Test

Masukkan URL anda dan klik 'analyze'. Pastikan anda dapat mesej sebegini:



Jika TIDAK, sila buat perubahan pada templates/tema blog anda. Ada terdapat banyak tema/templates yang sesuai yang boleh anda gunakan.

JANGAN BERTANGGUH!

Ini kerana selepas 21 April impak algorithma baru ini akan memberi kesan ada blog yang tidak mesra dengan mobil
  • Ranking anda bakal tersungkur
  • Itu janji Google.
Bagi yang telah membuat perubahab pula, tugas anda belum berakhir!

Strategi Algo Era Baru

Era baru ini bakal mencetus situasi yang mana desktop makin lama makin dipinggirkan terutama dalam urusan perniagaan internet. 



Oleh itu sebagai pemilik laman web sudah harus memikirkan cara melayani pelanggan era baru ini juga.

Apa yang perlu dititik beratkan dalam reka bentuk mobile anda?

Kandungan atau bahan-bahan lain yang merupakan promosi atau hiasan?
Dengan berkurangnya ruang buat laman anda, pakar seo Kapost, Chris Boulas menegaskan bahawa kandungan hendaklah diutamakan dan diberi lebih ruang?

Bagaimana dengan strategi anda pula?

Fikir-fikirkan ya...

Feel free untuk beri pandangan di sini.

0 Response to "Mobile Friendly: Era Baru Algorithma Google"

Catat Ulasan