Skandal 1MDB


Ramai yang tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa skandal 1MDB adalah suatu skandal yang amat serius dan berat. Implikasi kepada negara untuk jangka masa panjang adalah amat menakutkan. Sebagai rakyat yang perihatin dan cintakan negara, kita tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja melihatkan kerosakkan yang disebabkan oleh syarikat ini. Kita perlu berbuat sesuatu untuk memastikan masa depan yang lebih terjamin buat generasi akan datang. Sekurang-kurangnya sokong dan tandatangan Deklarasi Rakyat

Untuk mereka yang masih berdegil mempertahankan 1MDB, ingin saya letakkan screen shot nukilan saudara Yaakob Osman di sini. Saya setuju dengan pendapat beliau yang nawaitu/niat mereka-mereka yang membuat 1MDB ini dari awal lagi boleh dipertikaikan. Ada mala fide dan tata urus pentadbiran syarikat yang terserong dari awalan lagi.

Atas sebab itu, amat susah hendak pertahankan mereka semua dan membiarkan mereka lepas begitu sahaja. Rasanya 'laluan tikus' pun tidak sesuai lagi. Perlu ada tindakan bagi peringatan buat pemimpin-pemimpin lain di masa akan datang.



0 Response to "Skandal 1MDB"

Catat Ulasan