Pokemon Go Dan My Hero Academia


Kebelakangan ini PR pun terikut-ikut bermain Pokemon Go bersama-sama anak-anak. Seronok juga bila dapat habiskan masa bersama-sama budak-budak dan bercerita pasal game ini. Dalam masa yang sama, kami juga gemar menonton siri anime My Hero Academia (僕のヒーローアカデミア Boku no Hīrō Akademia), adaptasi manga oleh  Kohei Horikoshi. Sekarang ni sedang menunggu musim ke dua. Tapi kami ulang-ulang tonton kembali musim pertama. 

Siri anime ini memang menarik. Cubalah tonton.

Game Pokemon Go

Untuk game Pokemon Go pula, PR sudah berjaya menangkap hampir 100 jenis Pokemon. Ada lebih 50 jenis lagi untuk dicari Mungkin jika ditingkatkan usaha, misi melengkapkan Pokedex akan dicapai tidak lama lagi. Siapa-siapa yang ada tips, sila kongsi bersama. Sharing is caring..



Pokemon pilihan PR buat masa ini adalah Aerodactyl. Ia sejenis Pokemon dari jenis Rock/Flying. Bukan senang mahu jumpa Pokemon ini. Oleh itu, susah mahu mencari candy untuk terus POWER UP si Aerodactyl. Namun, PR yakin akan bisa ketemu lagi dengan spesis ini.

Dalam masa yang sama PR sedang berusaha keras mencari candy Bulbasaur untuk evolusikan Ivysaur kepada Venusaur. Tinggal sedikit sahaja lagi. Bila sudah ada Venusaur, boleh lah menyerang Gym-Gym lain lagi, Selalu PR tak take over Gym. Cuma musnahkan sahaja jika bukan dari team Mystic.



Selalunya masa hujung minggu adalah masa untuk reload. Maka, PR akan pergi ke kawasan yang banyak Pokestop dan kumpul seberapa banyak Pokeball, Great Ball dan Ultra Ball yang boleh. Jika banyak masa, berkelah sedikit di kawasan ini untuk menangkap Pokemon dan memungut Stardust dan XP. Harap-harap boleh level up lagi minggu ini. 

Bila masuk kawasan yang jarang dilalui, PR akan buat tak kisah Pokemon-Pokemon yang biasa dijumpai. Sebaliknya berikan tumpuan kepada yang jarang dijumpa (rare). Kalau ada sighting Pokemon sebegini, PR akan aktifkan Incense jika ada. 

Strategi anda pula mcam mana?

Anyway, bukan Pokemon sahaja menjadi tumpuan kami sekeluarga buat masa ini. Sebagaimana yang disebut di atas, My Hero Academia pun menarik perhatian kami. Tak sabar hendak tunggu musim kedua.


My Hero Academia

Siri TV ini mula menarik perhatian kami kira-kira sebulan yang lalu. Ia berkisar kepada seorang budak bernama Izuku Midoriya yang lahir tanpa 'super power' dalam masyarakat yang punyai ramai insan-insan begini.

Namun, keajaiban berlaku dan Izuku mula mengejar impianya menjadi seorang HERO dengan memasuki U.A. High School (雄英高校 Yūei Kōkō), sebuah sekolah yang melatih generasi hero di masa hadapan.

Ok lah, saya tidak mahu beri sebarang 'spoiler' untuk anda semua. Nanti kurang seronok pula. Bagus anda cuba cari dan download cerita ini untuk tontonan sekeluarga. Saya jamin best punya!

0 Response to "Pokemon Go Dan My Hero Academia"

Catat Ulasan